Setelah lama tidak update blog, kini aku kembali..
2001
- tahun 2001 merupakan tahun terbaik sepanjang 5 tahun persekolahanku di alam sekolah menengah (1999-2003)
Harizan @ Along
- kawan baik aku di sekolah (Sek. Men. Padang Tembak @ SMPT)
- individu yang 'mengajar' 'ku erti 'persahabatan kembar'. Means kawan yang sentiasa melekat atau bersama-sama dengan aku..di dalam kelas, kantin, tandas dan kawasan sekolah.
- setelah lama lost contact, kini berjumpa kembali di Facebook. Faktor komitmen dan masa menghalang untuk kami berjumpa setakat ini setelah aku sudah tidak ada rumah di Kuala Lumpur. (keluarga telah berpindah dari K.L ke Langkawi pada Julai 2010). Kini Harizan telah menjadi anggota tentera.
Akmal
- kawan baik aku di luar sekolah @ kawasan rumah (jarak rumah aku pada waktu itu dengan SMPT ialah sebanyak 6 @ 7 KM)
- Aku dan Akmal bersama-sama dengan Syah Besi dan pasangan kembar Hafiz serta Helmi..sama-sama tusiyen di Pusat Tuisyen Tunas di Keramat Permai (tapi tak belajar pun. Banyak main-main)
- Dah hampir 10 tahun lost contact dengan Akmal mahupun Syah Besi, Hafiz dan Helmi...dekat FB pun tak jumpa.
Sek. Men. Padang Tembak, Jalan Semarak Kuala Lumpur.
- Disebabkan aku sekolah rendah di Sek Keb Polis Depot (S.K.P.D), sekolah menengah pun lokasinya di sebelah S.K.P.D iaitu seperti yang aku cakap tadi, 6 atau 7 KM dari rumah ; sekolah jauh padahal banyak sekolah menengah wujud berhampiran kawasan tempat tinggal aku seperti Sek Men Taman Setiawangsa, Sek Men Taman Keramat, Sek Men Lembah Keramat 1 & 2, Sek Men Desa Tun Hussien Onn dan Sek Men Seri Ampang.
- Penghujung 2001 pernah berhajat untuk berpindah sekolah ke Sek Men Taman Keramat atau Sek Men Taman Setiawangsa..tapi perpindahan itu tidak pernah berlaku setelah aku mengikut saranan ayah aku untuk berpindah ke Sek Men Teknik Chenor, Maran Pahang (2002) di ikuti Sek Men Teknik Temerloh, Pahang (2003).
- Banyak kenangan sepanjang aku di sekolah ni. Antaranya masa aku form 1 dan form 2, budak-budak lelaki memang terkenal dengan 'seluar tempah'. Means seluar biasa telah di modify menjadi seluar ala-ala tahun 70-an (bahagian hujung kaki dilebarkan). Memang nampak kelakar bila di fikirkan balik tapi hakikatnya itulah yang menjadi kebanggaan, kemegahan dan keyakinan bila seseorang memakai seluar tempah. Biasanya budak-budak yang tak pakai pun kebanyakannya dari kelas-kelas 1st atau 2nd(golongan skema) atau mungkin ibu bapanya tidak berkemampuan atau golongan tidak peduli. Jenama seluar tempah yang paling famous masa tu ialah 'Cantona Seven'.
- Pemakaian songkok- Dulu dekat S.M.P.T, sesiapa yang pakai songkok tidak akan di anggap budak-budak agama yang skema sebab pakai songkok memang dah jadi trend termasuk untuk 'otai-otai' sekolah. Tapi pakai songkok pun bukanlah songkok baru yang baru dibeli (yang masih keras)..tapi songkok lama yang dah 'lembik'. (Tu sebab bila aku berpindah sekolah ke Sek Men Teknik Chenor, budak-budak di sana anggap aku budak baik sebab pakai songkok)
- Masuk sahaja tahun 2001, era baru bermula dengan kedatangan dan pengaruh Hip-Hop, Skinhead, Skaters, Mat Mot (nama lain untuk Mat Rempit) ke atas budak-budak sekolah. Masa tu memang famousdengan breakdance, Eminem, Too Phat etc.
- S.M.K.P.T ni masa zaman aku memang sinonim dengan budak-budak bergaduh. Setiap minggu dan kadang-kadang hampir setiap hari mesti akan kedengaran kes budak-budak gaduh. Tak kiralah samada budak form 2 bergaduh dengan budak form 1 ke or form 2 bergaduh sesama form 2. Tu sebab aku mengalami kejutan budaya bila aku berpindah ke sekolah teknik sebab di sana, kes gaduh memang jarang berlaku. Kalau ada pun, kes ragging.
p/s = Semua di atas bukanlah satu fakta. Tapi ia adalah berdasarkan dari pengalaman dan pemerhatian aku sendiri.
-alifsue-
No comments:
Post a Comment