Wednesday, December 8, 2010
Tuesday, December 7, 2010
Dilema antara klinik kerajaan dan klinik swasta...
Semalam aku bawa isteri ke Klinik Kesihatan Changlun untuk pemeriksaan kesihatan kehamilan. Isteri aku kata, nurse di sana kurang mesra berbanding di Klinik Desa Kg Tradisi yang agak ramah. Selepas selesai urusan di K.K Changlun tu dan semasa di C-Mart, isteri aku mendakwa mengalami kesakitan di bahagian perut. Lalu aku bawa isteri aku kembali ke K.K Changlun. Di sana, doktornya telah membuat surat rujukan di Hospital Sultanah Bahiyah (H.S.B) di Alor Star di mana aku kena bawa isteri ke H.S.B pada hari itu juga.
Aku bukan nak cakap tentang apa yang berlaku semalam. Tetapi aku hendak bercakap tentang masa. Ada orang kata, 'masa itu adalah emas'. Seperti yang kita tahu, emas adalah produk yang mahal, berharga dan nilainya memang sentiasa laku dan tidak akan jatuh. Itu sebab kita mesti menyimpan rizab (seperti rizab negara) dalam bentuk emas dan bukannya secara tunai aka wang. Jadi, apa perbezaan ketara antara hospital (dan klinik) kerajaan (terutama di bandar besar) dengan hospital swasta? Of course perbezaan pertama adalah dari segi layanan staff. Ramai yang merungut staff di hospital kerajaan kurang dan tidak mesra. Tapi bagi aku, bukan semua kakitangan hospital dan klinik kerajaan tidak mesra. Buktinya ialah di Klinik Desa Kg Tradisi yang dakwa isteri aku, terlebih mesra! Jadi, aku boleh mengandaikan sama ada layanan staff klinik dan hospital kerajaan itu mesra atau tidak bergantung pada lokasi, budaya kerja di klinik dan hospital itu dan attitude semulajadi kakitangan tersebut!
Alamak, aku melalut lagi. Tadi aku nak cakap tentang masa kan? Hehe. Ok..satu lagi perbezaan utama antara klinik (dan hospital) kerajaan dengan klinik swasta adalah dari segi masa. Of course lah service di klinik dan hospital swasta adalah lebih cepat, tidak perlu menunggu lama mahupun terlalu lama dan lebih pantas berbanding klinik dan hospital kerajaan. Itu sebablah kita perlu membayar dengan RM yang banyak dan tersangat banyak jika ingin mendapatkan perkhidmatan di entiti swasta itu. Berbalik kepada peristiwa semalam, masa menunggu untuk isteri aku mendapatkan ubat di H.S.B adalah selama lebih kurang setengah jam (tidak termasuk masa menunggu untuk pemeriksaan doktor). Dan seperti yang kita tahu, kebanyakan servis termasuk bayaran ubat di hospital kerajaan adalah percuma. Cuma kita perlu bersedia untuk korbankan satu perkara, iaitu MASA! Jadi, lagi sekali kita berbalik kepada perumpamaan 'masa itu adalah emas'. Untuk sesetengah orang seperti ahli perniagaan..mendapatkan perkhidmatan di entiti kerajaan ini adalah seperti di bayar dengan emas..walaupun yang tersuratnya perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan adalah percuma. Fikir-fikirkanlah.. : ) Salam jumpa lagi!

Monday, December 6, 2010
Blog dan I.S.A?- Filem 'Aku Tak Bodoh'
Hmm..actually semalam (5 disember 2010) aku dan wife tengok wayang 'Aku Tak Bodoh' di Jitra Mall. Aku bukan nak sentuh or bagi ulasan tentang filem yang di adaptasi dari filem box office Singapura ni. Cuma aku ada teringat satu babak tentang blog dan I.S.A. Dalam babak tu, ada menyentuh tentang Amy Mastura yang memberi amaran tentang I.S.A kepada anak sulungnya yang gemar dan aktif menulis blog.
Jadi, aku mesti berhati-hati dalam penulisan aku. Terutama jika menyentuh aspek-aspek seperti politik atau berkaitan dengan individu-individu tertentu, atau isu-isu sensitif seperti isu yang tengah hangat di perkatakan di saat aku menulis blog ni, iaitu isu Anwar Ibrahim dan ketuanan melayu (walaupun aku tidak berminat untuk menyentuh tentang isu ini).
Oleh itu, apa juga pendapat yang aku lontarkan dalam blog ini sudah semestinya setelah aku 'tapis' berkali-kali...

Antara blog dan forum di internet
Tak sabar pulak untuk aku menulis dalam blog kepunyaan aku sendiri ni. Maklum la sebelum ni kalau aku ada curahan idea or dalam erti kata lain teringin hendak menulis cerpen ke atau sesuatu yang baru berlaku dalam hidup aku (pengalaman), mahupun pendapat aku, mesti ruangan forum di internet menjadi tempat untuk aku bermadah, menulis dan berkongsi semua tu. Tapi forum di internet tu agak kompleks (mempunyai banyak board dan of course setiap benda yang kita hendak tulis mesti ditulis dan di masukkan dalam board yang betul or bakal kena remove)..dan jika kita ada buka atau tulis satu thread, thread tu bukan milik kita secara mutlak. Sekurang-kurangnya setiap blog adalah kepunyaan penulis blog itu sendiri dan ini mewujudkan sifat 'sense of ownership' dalam diri kita @ penulis blog sekaligus menimbulkan rasa yang lebih best untuk menulis. Hehe.
Pendahuluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setelah 'berkurun' lama aku dengar cerita dan kisah pasal blog..kali ni giliran aku pulak menulis dengan niat untuk berkongsi apa-apa sahaja yang aku rasa, fikir dan alami dalam hidup ini. Ini adalah 'karya' pertama aku dalam blog aku ni. Setelah lama tidak berfikir (untuk mengarang ayat dengan cantik), aku harap dari semasa ke semasa tahap tulisan aku akan semakin baik. Dan alangkah hebat dan bagusnya jika suatu hari nanti aku dapat mengumpulkan peminat yang ramai dalam blog aku ni. Mudah-mudahan. Hehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)