Selamat Datang ke alifsue2011.blogspot.com. Baca nukilan dari Alif (penulis blog), pilihan video menarik dari YouTube, dan tenangkan minda

Monday, December 6, 2010

Blog dan I.S.A?- Filem 'Aku Tak Bodoh'

Hmm..actually semalam (5 disember 2010) aku dan wife tengok wayang 'Aku Tak Bodoh' di Jitra Mall. Aku bukan nak sentuh or bagi ulasan tentang filem yang di adaptasi dari filem box office Singapura ni. Cuma aku ada teringat satu babak tentang blog dan I.S.A. Dalam babak tu, ada menyentuh tentang Amy Mastura yang memberi amaran tentang I.S.A kepada anak sulungnya yang gemar dan aktif menulis blog.

Jadi, aku mesti berhati-hati dalam penulisan aku. Terutama jika menyentuh aspek-aspek seperti politik atau berkaitan dengan individu-individu tertentu, atau isu-isu sensitif seperti isu yang tengah hangat di perkatakan di saat aku menulis blog ni, iaitu isu Anwar Ibrahim dan ketuanan melayu (walaupun aku tidak berminat untuk menyentuh tentang isu ini).

Oleh itu, apa juga pendapat yang aku lontarkan dalam blog ini sudah semestinya setelah aku 'tapis' berkali-kali...

No comments:

Post a Comment