Selamat Datang ke alifsue2011.blogspot.com. Baca nukilan dari Alif (penulis blog), pilihan video menarik dari YouTube, dan tenangkan minda

Tuesday, December 7, 2010

Dilema antara klinik kerajaan dan klinik swasta...

Semalam aku bawa isteri ke Klinik Kesihatan Changlun untuk pemeriksaan kesihatan kehamilan. Isteri aku kata, nurse di sana kurang mesra berbanding di Klinik Desa Kg Tradisi yang agak ramah. Selepas selesai urusan di K.K Changlun tu dan semasa di C-Mart, isteri aku mendakwa mengalami kesakitan di bahagian perut. Lalu aku bawa isteri aku kembali ke K.K Changlun. Di sana, doktornya telah membuat surat rujukan di Hospital Sultanah Bahiyah (H.S.B) di Alor Star di mana aku kena bawa isteri ke H.S.B pada hari itu juga.

Aku bukan nak cakap tentang apa yang berlaku semalam. Tetapi aku hendak bercakap tentang masa. Ada orang kata, 'masa itu adalah emas'. Seperti yang kita tahu, emas adalah produk yang mahal, berharga dan nilainya memang sentiasa laku dan tidak akan jatuh. Itu sebab kita mesti menyimpan rizab (seperti rizab negara) dalam bentuk emas dan bukannya secara tunai aka wang. Jadi, apa perbezaan ketara antara hospital (dan klinik) kerajaan (terutama di bandar besar) dengan hospital swasta? Of course perbezaan pertama adalah dari segi layanan staff. Ramai yang merungut staff di hospital kerajaan kurang dan tidak mesra. Tapi bagi aku, bukan semua kakitangan hospital dan klinik kerajaan tidak mesra. Buktinya ialah di Klinik Desa Kg Tradisi yang dakwa isteri aku, terlebih mesra! Jadi, aku boleh mengandaikan sama ada layanan staff klinik dan hospital kerajaan itu mesra atau tidak bergantung pada lokasi, budaya kerja di klinik dan hospital itu dan attitude semulajadi kakitangan tersebut!

Alamak, aku melalut lagi. Tadi aku nak cakap tentang masa kan? Hehe. Ok..satu lagi perbezaan utama antara klinik (dan hospital) kerajaan dengan klinik swasta adalah dari segi masa. Of course lah service di klinik dan hospital swasta adalah lebih cepat, tidak perlu menunggu lama mahupun terlalu lama dan lebih pantas berbanding klinik dan hospital kerajaan. Itu sebablah kita perlu membayar dengan RM yang banyak dan tersangat banyak jika ingin mendapatkan perkhidmatan di entiti swasta itu. Berbalik kepada peristiwa semalam, masa menunggu untuk isteri aku mendapatkan ubat di H.S.B adalah selama lebih kurang setengah jam (tidak termasuk masa menunggu untuk pemeriksaan doktor). Dan seperti yang kita tahu, kebanyakan servis termasuk bayaran ubat di hospital kerajaan adalah percuma. Cuma kita perlu bersedia untuk korbankan satu perkara, iaitu MASA! Jadi, lagi sekali kita berbalik kepada perumpamaan 'masa itu adalah emas'. Untuk sesetengah orang seperti ahli perniagaan..mendapatkan perkhidmatan di entiti kerajaan ini adalah seperti di bayar dengan emas..walaupun yang tersuratnya perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan adalah percuma. Fikir-fikirkanlah.. : ) Salam jumpa lagi!

10 comments:

  1. bukan nak kutuk tp klu H.S.B wat skit ati jew g...doc dia mcm **** jew...ble mintak kuar HO dia wat mcm pandai jew tp bangan...

    ReplyDelete
  2. ye ke? Setakat ni pengalaman kami ok jer.

    ReplyDelete
  3. ye lh...masa itu amat penting. jdi pd pendapat saya tk salah klau kita mengorbankan wang kita utk kebaikan pd masa depan...

    ReplyDelete
  4. thanks atas respon..^^

    ReplyDelete
  5. maaf..sy tuan blog ni..malas nak sign in..dah tak minat nak menulis. : )

    -alifsue

    ReplyDelete
  6. sya sokong...mmg mana2 kakitangan kerajaan makan gaji buta je...buat2 sibuk tapi sebenarnyer hampeh....

    ReplyDelete
  7. yang paling menyakitkan hati...mana2 kakitangan kerajaan services memang teruk...diorang ni sebenar nyer makan gaji buta...tapi mmg la...kebanyak kan kakitangan kerajaan sebenarnyer diorang tiada kelulusan tinggi tapi berlagak macam bagus....then, kebanyakkan daripada mereka pun dapat kerja ngn kerajaan pun sbb ada org dlm yg rekomen...ader satu kali tu ibu saya terpaksa tunggu selama 8 jam nak masuk wad...saya tak tahan n gertak nurse kat saya baru diorang takut...sebenar nyer diorang semo bodoh,kalau kite cakap english n gertak nak wat aduan baru diorang takut...tapi mmg betul la...boleh di kata kan semo kakitangan kerajaan bodoh n services macam taik....berlagak bagus tapi hampeh.....

    ReplyDelete
  8. hehe...bg sy ada betulnya..tapi tak semua..mungkin rata2 jer begitu. Diorang fikir diorang berkerjaya tetap..jadi tak perlu risau akan faktor dipecat seperti pekerja swasta...

    ReplyDelete
  9. kenapa marah sangat dimana kesabaran anda ,menunggu memang rasa lama walaupun 5 saat ,mana budi bahasa kita , mana keimanan kita , kemanakah kita akhirnya .Jangan terlalu mengutuk siapakah kita dimuka bumi .. mana2 manusia sama selagi kita bergelar manusia. Siapakah anda untuk menilai mereka . Bodo atau pandai seseorang bukan pada tahap pendidikan , tapi pada akal fikiran anugerah Allah

    ReplyDelete
  10. setuju dgn :AnonymousMay 15, 2011 5:15 PM"

    ReplyDelete