Selamat Datang ke alifsue2011.blogspot.com. Baca nukilan dari Alif (penulis blog), pilihan video menarik dari YouTube, dan tenangkan minda

Thursday, February 17, 2011

Warrant - Heaven

Got a picture of your house
And you're standing by the door
It's black and white and faded
And it's looking pretty worn

See the factory that I worked
Silhouetted in the back
The memories are grey
but man they're really coming back

I don't need to be the king of the world
As long as I'm the hero of this little girl

Heaven isn't too far away
Closer to it every day
No matter what your friends might say

How I love the way you move
And the sparkle in your eyes
There's a color deep inside them
Like a blue suburban sky

When I come home late at night
And you're in bed asleep
I wrap my arms around you
So I can feel you breathe

I don't need to be a superman
As long as you will always be my biggest fan

Heaven isn't too far away
Closer to it every day
No matter what your friends might say
We'll find a way (Yeah!)

Now the lights are going out
Along the boulevard
The memories come rushing back
And it makes it pretty hard

I've got nowhere left to go
And no one really cares
I don't know what to do
But I'm never giving up on you

(Heaven isn't too far away)
Closer to it every day
No matter what your friends say
I know we gotta find a way

It's not too far away.

Yeah!

p/s : Very nice song and lyric..^^

Wednesday, February 16, 2011

Secebis kenangan di alam persekolahan

Setelah lama tidak update blog, kini aku kembali..

2001
- tahun 2001 merupakan tahun terbaik sepanjang 5 tahun persekolahanku di alam sekolah menengah (1999-2003)

Harizan @ Along
- kawan baik aku di sekolah (Sek. Men. Padang Tembak @ SMPT)
- individu yang 'mengajar' 'ku erti 'persahabatan kembar'. Means kawan yang sentiasa melekat atau bersama-sama dengan aku..di dalam kelas, kantin, tandas dan kawasan sekolah.
- setelah lama lost contact, kini berjumpa kembali di Facebook. Faktor komitmen dan masa menghalang untuk kami berjumpa setakat ini setelah aku sudah tidak ada rumah di Kuala Lumpur. (keluarga telah berpindah dari K.L ke Langkawi pada Julai 2010). Kini Harizan telah menjadi anggota tentera.

Akmal
- kawan baik aku di luar sekolah @ kawasan rumah (jarak rumah aku pada waktu itu dengan SMPT ialah sebanyak 6 @ 7 KM)
- Aku dan Akmal bersama-sama dengan Syah Besi dan pasangan kembar Hafiz serta Helmi..sama-sama tusiyen di Pusat Tuisyen Tunas di Keramat Permai (tapi tak belajar pun. Banyak main-main)
- Dah hampir 10 tahun lost contact dengan Akmal mahupun Syah Besi, Hafiz dan Helmi...dekat FB pun tak jumpa.

Sek. Men. Padang Tembak, Jalan Semarak Kuala Lumpur.
- Disebabkan aku sekolah rendah di Sek Keb Polis Depot (S.K.P.D), sekolah menengah pun lokasinya di sebelah S.K.P.D iaitu seperti yang aku cakap tadi, 6 atau 7 KM dari rumah ; sekolah jauh padahal banyak sekolah menengah wujud berhampiran kawasan tempat tinggal aku seperti Sek Men Taman Setiawangsa, Sek Men Taman Keramat, Sek Men Lembah Keramat 1 & 2, Sek Men Desa Tun Hussien Onn dan Sek Men Seri Ampang. 
- Penghujung 2001 pernah berhajat untuk berpindah sekolah ke Sek Men Taman Keramat atau Sek Men Taman Setiawangsa..tapi perpindahan itu tidak pernah berlaku setelah aku mengikut saranan ayah aku untuk berpindah ke Sek Men Teknik Chenor, Maran Pahang (2002) di ikuti Sek Men Teknik Temerloh, Pahang (2003).
- Banyak kenangan sepanjang aku di sekolah ni. Antaranya masa aku form 1 dan form 2, budak-budak lelaki memang terkenal dengan 'seluar tempah'. Means seluar biasa telah di modify menjadi seluar ala-ala tahun 70-an (bahagian hujung kaki dilebarkan). Memang nampak kelakar bila di fikirkan balik tapi hakikatnya itulah yang menjadi kebanggaan, kemegahan dan keyakinan bila seseorang memakai seluar tempah. Biasanya budak-budak yang tak pakai pun kebanyakannya dari kelas-kelas 1st atau 2nd(golongan skema) atau mungkin ibu bapanya tidak berkemampuan atau golongan tidak peduli. Jenama seluar tempah yang paling famous masa tu ialah 'Cantona Seven'.
- Pemakaian songkok- Dulu dekat S.M.P.T, sesiapa yang pakai songkok tidak akan di anggap budak-budak agama yang skema sebab pakai songkok memang dah jadi trend termasuk untuk 'otai-otai' sekolah. Tapi pakai songkok pun bukanlah songkok baru yang baru dibeli (yang masih keras)..tapi songkok lama yang dah 'lembik'. (Tu sebab bila aku berpindah sekolah ke Sek Men Teknik Chenor, budak-budak di sana anggap aku budak baik sebab pakai songkok)
- Masuk sahaja tahun 2001, era baru bermula dengan kedatangan dan pengaruh Hip-Hop, Skinhead, Skaters, Mat Mot (nama lain untuk Mat Rempit) ke atas budak-budak sekolah. Masa tu memang famousdengan breakdance, Eminem, Too Phat etc.
S.M.K.P.T ni masa zaman aku memang sinonim dengan budak-budak bergaduh. Setiap minggu dan kadang-kadang hampir setiap hari mesti akan kedengaran kes budak-budak gaduh. Tak kiralah samada budak form 2 bergaduh dengan budak form 1 ke or form 2 bergaduh sesama form 2. Tu sebab aku mengalami kejutan budaya bila aku berpindah ke sekolah teknik sebab di sana, kes gaduh memang jarang berlaku. Kalau ada pun, kes ragging.


p/s = Semua di atas bukanlah satu fakta. Tapi ia adalah berdasarkan dari pengalaman dan pemerhatian aku sendiri.
-alifsue-

Tuesday, December 7, 2010

Dilema antara klinik kerajaan dan klinik swasta...

Semalam aku bawa isteri ke Klinik Kesihatan Changlun untuk pemeriksaan kesihatan kehamilan. Isteri aku kata, nurse di sana kurang mesra berbanding di Klinik Desa Kg Tradisi yang agak ramah. Selepas selesai urusan di K.K Changlun tu dan semasa di C-Mart, isteri aku mendakwa mengalami kesakitan di bahagian perut. Lalu aku bawa isteri aku kembali ke K.K Changlun. Di sana, doktornya telah membuat surat rujukan di Hospital Sultanah Bahiyah (H.S.B) di Alor Star di mana aku kena bawa isteri ke H.S.B pada hari itu juga.

Aku bukan nak cakap tentang apa yang berlaku semalam. Tetapi aku hendak bercakap tentang masa. Ada orang kata, 'masa itu adalah emas'. Seperti yang kita tahu, emas adalah produk yang mahal, berharga dan nilainya memang sentiasa laku dan tidak akan jatuh. Itu sebab kita mesti menyimpan rizab (seperti rizab negara) dalam bentuk emas dan bukannya secara tunai aka wang. Jadi, apa perbezaan ketara antara hospital (dan klinik) kerajaan (terutama di bandar besar) dengan hospital swasta? Of course perbezaan pertama adalah dari segi layanan staff. Ramai yang merungut staff di hospital kerajaan kurang dan tidak mesra. Tapi bagi aku, bukan semua kakitangan hospital dan klinik kerajaan tidak mesra. Buktinya ialah di Klinik Desa Kg Tradisi yang dakwa isteri aku, terlebih mesra! Jadi, aku boleh mengandaikan sama ada layanan staff klinik dan hospital kerajaan itu mesra atau tidak bergantung pada lokasi, budaya kerja di klinik dan hospital itu dan attitude semulajadi kakitangan tersebut!

Alamak, aku melalut lagi. Tadi aku nak cakap tentang masa kan? Hehe. Ok..satu lagi perbezaan utama antara klinik (dan hospital) kerajaan dengan klinik swasta adalah dari segi masa. Of course lah service di klinik dan hospital swasta adalah lebih cepat, tidak perlu menunggu lama mahupun terlalu lama dan lebih pantas berbanding klinik dan hospital kerajaan. Itu sebablah kita perlu membayar dengan RM yang banyak dan tersangat banyak jika ingin mendapatkan perkhidmatan di entiti swasta itu. Berbalik kepada peristiwa semalam, masa menunggu untuk isteri aku mendapatkan ubat di H.S.B adalah selama lebih kurang setengah jam (tidak termasuk masa menunggu untuk pemeriksaan doktor). Dan seperti yang kita tahu, kebanyakan servis termasuk bayaran ubat di hospital kerajaan adalah percuma. Cuma kita perlu bersedia untuk korbankan satu perkara, iaitu MASA! Jadi, lagi sekali kita berbalik kepada perumpamaan 'masa itu adalah emas'. Untuk sesetengah orang seperti ahli perniagaan..mendapatkan perkhidmatan di entiti kerajaan ini adalah seperti di bayar dengan emas..walaupun yang tersuratnya perkhidmatan di klinik dan hospital kerajaan adalah percuma. Fikir-fikirkanlah.. : ) Salam jumpa lagi!

Monday, December 6, 2010

Blog dan I.S.A?- Filem 'Aku Tak Bodoh'

Hmm..actually semalam (5 disember 2010) aku dan wife tengok wayang 'Aku Tak Bodoh' di Jitra Mall. Aku bukan nak sentuh or bagi ulasan tentang filem yang di adaptasi dari filem box office Singapura ni. Cuma aku ada teringat satu babak tentang blog dan I.S.A. Dalam babak tu, ada menyentuh tentang Amy Mastura yang memberi amaran tentang I.S.A kepada anak sulungnya yang gemar dan aktif menulis blog.

Jadi, aku mesti berhati-hati dalam penulisan aku. Terutama jika menyentuh aspek-aspek seperti politik atau berkaitan dengan individu-individu tertentu, atau isu-isu sensitif seperti isu yang tengah hangat di perkatakan di saat aku menulis blog ni, iaitu isu Anwar Ibrahim dan ketuanan melayu (walaupun aku tidak berminat untuk menyentuh tentang isu ini).

Oleh itu, apa juga pendapat yang aku lontarkan dalam blog ini sudah semestinya setelah aku 'tapis' berkali-kali...

Antara blog dan forum di internet

Tak sabar pulak untuk aku menulis dalam blog kepunyaan aku sendiri ni. Maklum la sebelum ni kalau aku ada curahan idea or dalam erti kata lain teringin hendak menulis cerpen ke atau sesuatu yang baru berlaku dalam hidup aku (pengalaman), mahupun pendapat aku, mesti ruangan forum di internet menjadi tempat untuk aku bermadah, menulis dan berkongsi semua tu. Tapi forum di internet tu agak kompleks (mempunyai banyak board dan of course setiap benda yang kita hendak tulis mesti ditulis dan di masukkan dalam board yang betul or bakal kena remove)..dan jika kita ada buka atau tulis satu thread, thread tu bukan milik kita secara mutlak. Sekurang-kurangnya setiap blog adalah kepunyaan penulis blog itu sendiri dan ini mewujudkan sifat 'sense of ownership' dalam diri kita @ penulis blog sekaligus menimbulkan rasa yang lebih best untuk menulis. Hehe.

Pendahuluan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setelah 'berkurun' lama aku dengar cerita dan kisah pasal blog..kali ni giliran aku pulak menulis dengan niat untuk berkongsi apa-apa sahaja yang aku rasa, fikir dan alami dalam hidup ini. Ini adalah 'karya' pertama aku dalam blog aku ni. Setelah lama tidak berfikir (untuk mengarang ayat dengan cantik), aku harap dari semasa ke semasa tahap tulisan aku akan semakin baik. Dan alangkah hebat dan bagusnya jika suatu hari nanti aku dapat mengumpulkan peminat yang ramai dalam blog aku ni. Mudah-mudahan. Hehe.